Saturday, August 14, 2010

Pakaian Pada Hari Raya (NURUL AKMA BT MOHD NAWI 206913)



Pakaian memainkan peranan yang penting semasa meyambut hari raya lebih lagi umat Islam digalakkan memakai pakaian baru pada hari tersebut.Kemeriahan sesuatu perayaan dapat digambarkan melalui pakaian.Oleh itu,tidak lengkap hari raya tanpa baju baru dan tidak hairanlah sekiranya persiapan untuk baju raya akan dibuat lebih awal.


BAJU MELAYU
Baju melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional yang biasa dipakai oleh golongan lelaki.Ia terbahagi kepada dua jenis utama iaitu baju melayu potongan teluk belanga dan potongan cekak musang.Baju melayu teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia. Sementara potongan cekak musang lebih terkenal di tengah dan utara Malaysia. Cara memakai baju melayu juga terdapat perbezaan iaitu bagi baju melayu teluk belanga
biasanya sampin dipakai di luar baju,manakala baju melayu cekak musang baju di dalam sampin.


BAJU KURUNG
Baju kurung dianggap popular dalam kalangan wanita.Pengertian baju kurung secara tidak langsung telah membawa erti “mengurung’ atau ‘menutup’ anggota tubuh .Cara ini menepati konsep pakaian cara melayu setelah kedatangan Islam sehinggalah istilah baju kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar,labuh dan panjang.Ia juga disebut dengan pelbagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama,namun baju kurung telah memberikan ciri-ciri yang tersendiri.



No comments:

Post a Comment