Saturday, August 14, 2010

Aktiviti Semasa Tahun Baru Cina (HONG CHIA LING 206956)

Sebelum Tahun Baru Cina

Sempena kedatangan tahun baru, keluarga kaum cina akan mengemaskan rumah untuk menghalau nasib malang dan menjemput nasib baik. Alatan seperti penyapu, penyodok sampah yang dianggap boleh menyapu nasib baik, oleh itu alatan ini akan disimpan baik. Pada waktu malam, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua dan makan jamuan pertemuan semula. Selepas habis menjamu selera, semua ahli keluarga akan berkumpul hingga awal pagi sebagai mematuhi adat ‘shou sui’. Sesetengah orang percaya bahawa amalan itu boleh memanjangkan usia ibu bapa.



Hari Pertama

Hari Pertama Tahun Baru merupakan hari untuk mengalu-alukan kedatangan dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan keluarga kaum cina menghindarkan diri daripada makan daging kerana mereka percaya bahawa ini boleh menjamin kehidupan mereka lebih selesa dan bahagia. Sesetengah keluarga pula akan pergi ke tokong menyembah ‘Thian’ agar boleh mendapat limpahan rezeki pada tahun baru. Selepas itu, mereka akan berkunjung ke rumah saudara mara . Ang pau ataupun sampul merah akan diedarkan oleh pasangan suami isteri kepada pemuda-pemudi sepanjang Tahun Baru Cina. Pada waktu malam, bunga api dan mercun akan dilepaskan dengan meriah sekali di merata-rata tempat.


Hari Kelima Belas

Hari ini merupakan hari perayaan terakhir Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuán xiāo jié ataupun Chap Goh Mei. Makanan ‘Tangyuan’, sejenis bebola pulut manis dalam sup akan dimakan untuk memperingatkan perayaan Chap Goh Meh. ‘Tangyuan’ adalah makanan yang dibuat daripada tepung pulut dengan campuran sedikit air untuk membentuk bebola. Selepas itu, ‘Tangyuan’ akan dimasak dengan air didih dan dihidangkan dengan sup. Bagi sesetengah kawasan , hari ini juga diraikan sebagai festival Tanglung ataupun Hari Kekasih.

1 comment:

  1. Where is the horse racing track for the first time? 코인카지노 코인카지노 12bet 12bet ラッキーニッキー ラッキーニッキー 357토토토토토토토토토토토토토 - Gold Casino

    ReplyDelete