Saturday, August 14, 2010
Makanan Semasa Tahun Baru Cina (NEOH XIAO PEI 206979)
KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah sejenis kuih tradisional cina yang melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat daripada tepung pulut dan gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada perayaan ini kerana namanya “Nian Gao” (年糕) di mana perkataan(糕 gao) bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan(高 gao) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan,setingkat lagi kemajuan”.
YEE SANG
Menurut sejarah,idea menghasilkan yee sang muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti lobak putih,lobak merah,limau bali,keropok udang cina ,halia dan sebagainya selepasnya Tahun Baru Cina.
Menurut tradisi,semakin tinggi yee sang terangkat dengan penyepit di atas piring apabila disuruh , maka semakin baik pula peruntungan di tahun yang baru. Yee sang dilambung ke udara bersama-sama oleh saudara-mara yang berkumpul di sekeliling meja sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulakan tahun yang makmur. Tradisi mengaduk yee sang dan mengangkatnya tinggi-tinggi disebut ‘lo hei’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment