Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri,umat Islam diwajibkan untuk menunaikan fardhu puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan iaitu bulan yang kesembilan dalam kalendar Islam. Di Malaysia hari permulaan puasa ditentukan oleh Majlis Raja-Raja dengan cara melihat anak bulan. Jika anak bulan kelihatan pada malam terakhir bulan sebelumnya, umat Islam diwajibkan untuk menunaikan fardhu puasa keesokan hari. Umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan sehingga Majlis Raja-Raja menentukan tarikh hari raya berdasarkan kemunculan anak bulan untuk permulaan bulan Syawal. Puasa bermaksud menahan lapar dan dahaga bermula dari waktu imsak dan berakhir pada waktu maghrib. Bulan puasa bukan sahaja untuk berpuasa, tapi bulan untuk umat Islam beribadah seperti solat tarawih, membaca Al-Quran, menambahkan sedekah dan sebagainya. Bulan puasa juga diwajibkan ke atas umat Islam untuk mengeluarkan zakat fitrah. Pembayaran zakat fitrah ini berakhir sebelum solat sunat Aidilfitri. Setelah berakhirnya bulan puasa,bulan Syawal menjelang. Pada 1 Syawal umat Islam diharamkan untuk berpuasa kerana hari itu adalah hari untuk meraikan kejayaan umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Hari itu dinamakan Hari Raya Aidilfitri.
Saturday, August 14, 2010
Amalan Yang Dilakukan Sebelum Hari Raya Menjelang (NOORAZLISHAM BIN MUHAMAD 127113)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment