Saturday, August 14, 2010

Juadah Hari Raya (NOR' AIN BT GHAZALI 206917)




Juadah memainkan peranan yang penting bagi meraikan dan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.Sambutan Syawal dianggap tidak lengkap sekiranya tidak disertai dengan juadah yang pastinya mampu membuka selera kita.Setiap kali menjelang syawal, kita akan memikirkan juadah yang disediakan untuk dihidangkan kepada para tetamu.Terdapat pelbagai jenis juadah yang boleh disediakan semasa sambutan hari raya.Lemang merupakan juadah tradisional yang selalunya akan dihidangkan apabila kita berkunjung ke rumah saudara-mara atau sahabat handal.Lemang lazimnya akan dimakan bersama-sama dengan rendang atau serunding.Selain itu,ketupat juga merupakan makanan tradisi pada hari raya.Terdapat dua jenis ketupat iaitu ketupat palas dan nasi impit.Ketupat palas dibuat daripada beras pulut dan santan manakala nasi impit pula hanya menggunakan beras.Juadah ketupat selalunya dimakan bersama-sama dengan kuah kacang.Juadah lain yang dihidangkan ialah dodol,wajik dan kuih- muih tradisional dan moden.



No comments:

Post a Comment