Saturday, August 14, 2010

Pengenalan Hari Raya Aidilfitri (SHAHRUNIZAM BIN KAMARUDIN 198062)



Apa itu hari raya? Pada lughah atau pada bahasa, raya ertinya besar atau utama. Jalan raya ialah jalan yang besar atau utama. Pasaraya ialah pasar yang besar. Bandaraya pula ialah bandar yang besar dan utama. Begitu juga dengan lebuhraya dan sebagainya. Oleh itu,hari raya bermaksud hari yang besar atau hari yang utama.
Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud membersih dan menyucikan fitrah. Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula.
Hari Raya Aidilfitri iaitu hari kita membesar dan mengutamakan fitrah kita. Setelah kita benar-benar faham apa sebenarnya erti Eidil Fitri, mungkin kita boleh menyambutnya dengan cara yang lebih tepat dan sesuai. Hari raya fitrah patut diisi dan dipenuhkan dengan berzikir, bertafakur, bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan. Ia patut disambut dengan segala kebaikan yang berpunca dan yang didorong oleh hati atau fitrah yang sudah suci dan bersih. Pada hari raya fitrah, kita patut membantu dan memberi makan fakir miskin. Merapatkan silaturrahim. Berziarah dan memberi hadiah. Bermaaf-maafan. Bertolong bantu. Berkasih sayang dan sebagainya.

Amalan Yang Dilakukan Sebelum Hari Raya Menjelang (NOORAZLISHAM BIN MUHAMAD 127113)




Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri,umat Islam diwajibkan untuk menunaikan fardhu puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan iaitu bulan yang kesembilan dalam kalendar Islam. Di Malaysia hari permulaan puasa ditentukan oleh Majlis Raja-Raja dengan cara melihat anak bulan. Jika anak bulan kelihatan pada malam terakhir bulan sebelumnya, umat Islam diwajibkan untuk menunaikan fardhu puasa keesokan hari. Umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan sehingga Majlis Raja-Raja menentukan tarikh hari raya berdasarkan kemunculan anak bulan untuk permulaan bulan Syawal. Puasa bermaksud menahan lapar dan dahaga bermula dari waktu imsak dan berakhir pada waktu maghrib. Bulan puasa bukan sahaja untuk berpuasa, tapi bulan untuk umat Islam beribadah seperti solat tarawih, membaca Al-Quran, menambahkan sedekah dan sebagainya. Bulan puasa juga diwajibkan ke atas umat Islam untuk mengeluarkan zakat fitrah. Pembayaran zakat fitrah ini berakhir sebelum solat sunat Aidilfitri. Setelah berakhirnya bulan puasa,bulan Syawal menjelang. Pada 1 Syawal umat Islam diharamkan untuk berpuasa kerana hari itu adalah hari untuk meraikan kejayaan umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Hari itu dinamakan Hari Raya Aidilfitri.


Aktiviti Semasa Hari Raya (NORSHAMIMI BT MOHD ZAKUAN 206969)



Persiapan raya pula dilakukan pada malam raya tersebut antara aktiviti yang dijalankan ialah persiapan untuk juadah,mengemas rumah ,meletakkan pelita di halaman rumah. Apabila menjelang hari raya semua umat Islam akan menyambut hari raya.Aktiviti yang sering dijalankan pada hari raya ialah sembahyang sunat hari raya yang dilaksanakan pada pagi hari raya pertama.Pada hari tersebut juga takbir raya dilaungkan oleh semua umat Islam sebelum sembahyang sunat hari raya.Sebelum keluar dari masjid setiap keluarga akan bersalaman dengan ahli keluarga masing-masing sambil memohan maaf antara satu sama lain.Amalan ini dilakukan bagi menghormati golongan yang lebih tua.Selain itu,amalan ziarah-menziarahi bertujuan untuk mengeratkan sillaturrahim.Aktiviti ziarah-menziarahi biasanya dilakukan dengan mengadakan rumah terbuka dan menjemput sanak-saudara jiran tetangga dan sahabat handal.

Juadah Hari Raya (NOR' AIN BT GHAZALI 206917)




Juadah memainkan peranan yang penting bagi meraikan dan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.Sambutan Syawal dianggap tidak lengkap sekiranya tidak disertai dengan juadah yang pastinya mampu membuka selera kita.Setiap kali menjelang syawal, kita akan memikirkan juadah yang disediakan untuk dihidangkan kepada para tetamu.Terdapat pelbagai jenis juadah yang boleh disediakan semasa sambutan hari raya.Lemang merupakan juadah tradisional yang selalunya akan dihidangkan apabila kita berkunjung ke rumah saudara-mara atau sahabat handal.Lemang lazimnya akan dimakan bersama-sama dengan rendang atau serunding.Selain itu,ketupat juga merupakan makanan tradisi pada hari raya.Terdapat dua jenis ketupat iaitu ketupat palas dan nasi impit.Ketupat palas dibuat daripada beras pulut dan santan manakala nasi impit pula hanya menggunakan beras.Juadah ketupat selalunya dimakan bersama-sama dengan kuah kacang.Juadah lain yang dihidangkan ialah dodol,wajik dan kuih- muih tradisional dan moden.



Pakaian Pada Hari Raya (NURUL AKMA BT MOHD NAWI 206913)



Pakaian memainkan peranan yang penting semasa meyambut hari raya lebih lagi umat Islam digalakkan memakai pakaian baru pada hari tersebut.Kemeriahan sesuatu perayaan dapat digambarkan melalui pakaian.Oleh itu,tidak lengkap hari raya tanpa baju baru dan tidak hairanlah sekiranya persiapan untuk baju raya akan dibuat lebih awal.


BAJU MELAYU
Baju melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional yang biasa dipakai oleh golongan lelaki.Ia terbahagi kepada dua jenis utama iaitu baju melayu potongan teluk belanga dan potongan cekak musang.Baju melayu teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia. Sementara potongan cekak musang lebih terkenal di tengah dan utara Malaysia. Cara memakai baju melayu juga terdapat perbezaan iaitu bagi baju melayu teluk belanga
biasanya sampin dipakai di luar baju,manakala baju melayu cekak musang baju di dalam sampin.


BAJU KURUNG
Baju kurung dianggap popular dalam kalangan wanita.Pengertian baju kurung secara tidak langsung telah membawa erti “mengurung’ atau ‘menutup’ anggota tubuh .Cara ini menepati konsep pakaian cara melayu setelah kedatangan Islam sehinggalah istilah baju kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar,labuh dan panjang.Ia juga disebut dengan pelbagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama,namun baju kurung telah memberikan ciri-ciri yang tersendiri.



Pengenalan Tahun Baru Cina (THOR CHEAH MEI 206974)


MITOS TAHUN BARU CINA
Menurut lagenda, Nian merupakan seekor makhluk ganas yang membuat huru hara di Tanah Besar China. Ini menyebabkan manusia pada zaman tersebut hidup dalam ketakutan. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa makhluk ganas tersebut takut pada bunyi mercun dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan mercun dan bunga api.Selepas itu,kaum cina akan main mercun dan bunga api semasa perayaan Tahun Baru Cina . Sebab lain kaum cina suka menghiaskan rumah mereka dengan warna merah semasa Tahun Baru Cina kerana mereka percaya warna merah dapat membuang nasib malang mereka bagi tahun tersebut.
CHUN LIAN
Chun lian merupakan tulisan yang ditulis di atas sepasang kertas merah yang untuk ditampal pada sisi kiri dan kanan pintu semasa Tahun Baru Cina. Pada asalnya, tujuan orang cina menempal chun lian adalah untuk mengusir hantu dalam rumah atau mencegah roh-roh jahat masuk ke dalam rumah.
Namun, chun lian tidak lagi semata untuk mencegah roh-roh jahat, chun lian sekarang juga bertuliskan ayat-ayat berkat untuk membawa nasib baik kepada keluarga tersebut.





Aktiviti Semasa Tahun Baru Cina (HONG CHIA LING 206956)

Sebelum Tahun Baru Cina

Sempena kedatangan tahun baru, keluarga kaum cina akan mengemaskan rumah untuk menghalau nasib malang dan menjemput nasib baik. Alatan seperti penyapu, penyodok sampah yang dianggap boleh menyapu nasib baik, oleh itu alatan ini akan disimpan baik. Pada waktu malam, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua dan makan jamuan pertemuan semula. Selepas habis menjamu selera, semua ahli keluarga akan berkumpul hingga awal pagi sebagai mematuhi adat ‘shou sui’. Sesetengah orang percaya bahawa amalan itu boleh memanjangkan usia ibu bapa.



Hari Pertama

Hari Pertama Tahun Baru merupakan hari untuk mengalu-alukan kedatangan dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan keluarga kaum cina menghindarkan diri daripada makan daging kerana mereka percaya bahawa ini boleh menjamin kehidupan mereka lebih selesa dan bahagia. Sesetengah keluarga pula akan pergi ke tokong menyembah ‘Thian’ agar boleh mendapat limpahan rezeki pada tahun baru. Selepas itu, mereka akan berkunjung ke rumah saudara mara . Ang pau ataupun sampul merah akan diedarkan oleh pasangan suami isteri kepada pemuda-pemudi sepanjang Tahun Baru Cina. Pada waktu malam, bunga api dan mercun akan dilepaskan dengan meriah sekali di merata-rata tempat.


Hari Kelima Belas

Hari ini merupakan hari perayaan terakhir Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuán xiāo jié ataupun Chap Goh Mei. Makanan ‘Tangyuan’, sejenis bebola pulut manis dalam sup akan dimakan untuk memperingatkan perayaan Chap Goh Meh. ‘Tangyuan’ adalah makanan yang dibuat daripada tepung pulut dengan campuran sedikit air untuk membentuk bebola. Selepas itu, ‘Tangyuan’ akan dimasak dengan air didih dan dihidangkan dengan sup. Bagi sesetengah kawasan , hari ini juga diraikan sebagai festival Tanglung ataupun Hari Kekasih.

Makanan Semasa Tahun Baru Cina (NEOH XIAO PEI 206979)



KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah sejenis kuih tradisional cina yang melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat daripada tepung pulut dan gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada perayaan ini kerana namanya “Nian Gao (年糕) di mana perkataan(糕 gao) bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan(高 gao) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan,setingkat lagi kemajuan”.





YEE SANG
Menurut sejarah,idea menghasilkan yee sang muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti lobak putih,lobak merah,limau bali,keropok udang cina ,halia dan sebagainya selepasnya Tahun Baru Cina.
Menurut tradisi,semakin tinggi yee sang terangkat dengan penyepit di atas piring apabila disuruh , maka semakin baik pula peruntungan di tahun yang baru. Yee sang dilambung ke udara bersama-sama oleh saudara-mara yang berkumpul di sekeliling meja sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulakan tahun yang makmur. Tradisi mengaduk yee sang dan mengangkatnya tinggi-tinggi disebut ‘lo hei’.



Pantang Larang Semasa Tahun Baru Cina (CHEW MENG YEW 203998)

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi kaum cina. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, terdapat banyak pantang larang untuk mendapatkan keharmonian dan kesejahteraan hidup sepanjang tahun tersebut.
Hari pertama , menyapu lantai adalah dilarangkan. Menyapu lantai pada hari pertama akan menyebabkan kehilangan kekayaan dan nasib baik sepanjang tahun kerana penyapu dalam bahasa mandarin ialah “SHAO ZHOU” yang menbawa maksud kekayaan keluarga akan disapu keluar. Perkataan yang buruk atau kasar juga dilarangkan. Perkataan yang tidak bersopan dianggapkan akan merosakkan keharmonian sepanjang tahun. Orang cina digalakkan menyatakan perkataan yang sedap hati seperti “GONG XI FA CHAI” dan sebagainya.
Kaum cina juga dilarang bersalam dengan orang yang sedang tidur kerana hal ini akan menyebabkan orang tersebut selalu jatuh sakit sepanjang tahun.
Kaum cina dilarang memecahkan alatan tembikar dan gelas. Gelas dan tembikar yang pecah akan menyebabkan bencana berlaku dan rezeki keluarga tidak stabil. Jikalau memecahkan gelas secara tidak sengaja, kita mesti menyatakan “SUI SUI PIN AN” yang bermaksud yang aman damai sepanjang tahun.
Pada hari ketiga tahun baru dikenali sebagai “CHE KOU RI”. “CHE KOU” bermaksud perselisihan dan pertelingkahan. Pada hari ini orang mudah berlaku perselisihan faham ataupun bergaduh. Oleh demikian, kaum cina tidak akan melawat ke rumah saudara-mara bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan yang tidak diperlukan.

Tuesday, August 10, 2010

Pakaian Traditional Kaum Cina Sempena Tahun Baru Cina( TEH HUI TING 130736)


Jubah Labuh

Cheong Sam

Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum Cina ialah Cheong Sam. Cheong Sam diperkenalkan semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia membawa maksud ‘baju labuh’ dalam dialek kantonis. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Lazimnya, Cheong Sam mempunyai leher yang tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheong Sam merupakan baju yang angggun serta sering dilihat pada hari ini semperna Tahun Baru Cina.

Pakaian Jubah Labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak.





KESIMPULAN

Kesimpulannya terdapat pelbagai perayaan yang disambut di negara kita.Kepelbagaian sambutan perayaan ini melambangkan identiti negara Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.Sambutan perayaan ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai konsep 1Malaysia.